Friday, June 8, 2018

High school journey:)






5 UTARID

Zaman persekolahan di SMK RANAU dengan rakan sekelas seramai 21 orang sememangnya satu pengalaman yang amat indah. Melalui mereka saya kenal erti sahabat. Namun kini semuanya sudah membawa haluan masing-masing di tempat yang baru. Jadual pembelajaran tidaklah sepadat mana tapi mampu membuat pelajar bosan bila ada kelas yang perlu hadap 2 jam setiap subjek. Pulang sekolah pun 2:30pm. Tahulah sekolah satu sesi tapi penat lah. Haha.
Lagi best tinggal asrama. Prep petang jam 3:00-4.00pm. Even kelas habis 2:30pm wajib prep 3.00 okay😑 prep malam pula mula jam 6:30pm. Habis jam 9:30. Awal mula awal habis. Dengan alasan pelajar ramai yang tidur semasa pdp . Hakikatnya tetap mengantuk😁 Pagi pula wajib perhimpunan aspuri jam 6.10am. Kalau lambat nanti ada yang kena saman. Kena saman kurang merit . Kurang merit buang asrama. But ada cara tambah merit tu. Apa ya??  KERJA AMAL~ Okay abaikan.
Pegi skolah pula ada perhimpuan juga. Setiap hari——— pdahal kadang-kadang cuma perlu turun untuk nyanyi lagu Sabah tanah airku dengan lagu Negaraku. Pastu lagu skolah. Bosan kan?



After smk, sekarang menuntut di kml. Kml pun banyak ceritanya tapi since masih awal sem, later kita talk abt it okay.

No comments:

Post a Comment