TEACHING PHILOSOPHY


Sebagai bakal seorang guru saya menganggap bahawa menjadi seorang guru bukan hanya menggalas tugas mendidik semata-mata yang mana mengajarkan muridnya membaca, menulis dan mengira. Namun, saya memegang prinsip bahawa menjadi seorang guru bermakna saya turut bertanggungjawab dalam kemenjadian pelajar saya kelak. Kemenjadian yang saya maksudkan di sini termasuklah kecemerlangannya dalam akademik dan cemerlang akhlaknya. Dalam masa yang sama, seorang guru juga harus boleh menjadi sahabat kepada muridnya kerana hubungan sedemikian banyak membantu perkembangan diri seorang pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar tidak akan merasa kekok untuk merujuk guru jika menghadapi masalah kerana berdasarkan pengalaman saya, saya segan untuk berkongsi masalah dalam pelajaran dengan guru yang saya tidak akrab. Maka, saya tidak mahu apa yang saya alami ini akan dialami semula oleh para pelajar saya kelak.

No comments:

Post a Comment