Menjadi seorang guru memang menjadi impian saya sejak
kecil yang mana saya telah membuka
peluang kepada diri saya untuk menjadi guru dengan memasuki university
pendidikan ini. Setelah saya menamatkan pengajian saya kelak, saya akan terus
berusaha untuk merebut peluang untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah.
Meskipun saya mungkin lambat untuk mendapat penempatan kelak, saya berhasrat
membuka pusat tuisyen di Ranau yang mana saya akan memfokuskan pelajar SPM
sebagai sasaran kerana saya tahu tidak ramai guru yang membuka kelas tuisyen di
Ranau. Oleh itu, saya akan menjadikannya sebagai satu peluang saya untuk
menjadi pendidik sekaligus mencari sumber pendapatan. Selain itu, saya juga
berhasrat untuk membuka satu kedai pastri yang mana saya sendiri yang akan
menyediakan semua jualan di situ. Niat ini terdetik dari hati kerana selain
profesion guru saya juga minat dalam bidang pempastrian. Oleh itu, saya
berhasrat untuk merealisasikan kedua minat saya jika berpeluang kelak.
No comments:
Post a Comment