REFLECTION

WEEK 1
10/09/19

My first class for this subject (ICT  in CHEMISTRY ) was so hard because I lost and to be honest it is hard to find the class since I don't know anybody at UPSI at my first day going to class. But, after I reach the class, I met Arina and Salina. Just nice to know both of them. On that day , my lecturer Mdm Hajah Asmayati Binti Yahaya was introduce us what is ICT in CHEMISTRY. So, I can conclude that this subject allow me to explore more about technology which is I can apply when I become a teacher soon.

My second class (11/09/2019) was held because our class missed few classes . The classes only took an hour which is we discussed about all the assignments and all the things we should do for the whole Semester 1.

WEEK 2
(16/09/19)
- Kuliah ditangguhkan
- Hari Malaysia ! 

WEEK 3
(23/09/19)
-kuliah ditangguhkan

WEEK 4
(30/09/19)
-Pada hari ini kumpulan bagi tugasan peer teaching ditentukan yang mana saya berpasangan dengan Salina dan Huda. tugasan berkumpulan yang kami terima ialah menyediakan wordsearch dan puzzle bagi topik jadual unsur berkala. Pada masa tersebut juga berlaku pertambahan bilangan pelajar dalam kelas Mdm Asmayaiti. Keadaan ini berlaku kerana minggu Add-Drop sedang berlangsung. Mdm memberitahu bahawa tindakan mereka boleh mengakibatkan kelas lain akan ditutup kerana kekurangan pelajar. Melalui situasi ini, saya dapat mengambil iktibar bahawa kita tidak boleh mengambil sebarang keputusan tanpa berbincang dengan pensyarah terlebih dahulu.

WEEK 5
(07/10/19)

-Hari ini ialah minggu pertama pembentangan bagi tugasan 3 iaitu peer teaching. kumpulan pertama membentangkan software google doc, google slide, google slide dan google sheet.Software ini dibentangkan oleh rakan saya iaitu Fitri dan Irwan. Sepanjang sesi ini saya dan rakan-rakan belajar bagaimana untuk mengumpul maklum balas melalui google doc. Selain itu, saya juga baru mengetahui bahawa slide juga boleh disediakan secara online melalui google slide yang mana selama ini saya hanya menyediakan melalui microsoft powerpoint secara dalam talian dan bukan dalam talian.

WEEK 6
(14/10/19)

- Saya belajar mengenai blogspot yang mana para pembentang memberi maklumat lebih lanjut mengenai blogger yang mana software ini digunakan bagi melaksanakan tugasan yang kedua iaitu e-portfolio. Meskipun saya sudah mempunyai blog ini setahun yang lepas , namun masih banyak features yang saya tidak mahir seperti menyusun cara paparan blog dan pelbagai lagi. Software yang mereka bentangkan ini banyak membantu saya untuk meyempurnakan tugasan 2 ini. Antara input yang saya dapat ialah cara untuk memuatnaik video dan mengedit blog saya agar kelihatan lebih teratur dan kemas serta menarik untuk dibaca oleh para pembaca. Sebelum kelas  tamat, dr Asmayati mengarahkan kami semua untuk berkongsi url bagi blog kami masing-masing agar kami dapat saling mengikuti perkembangan masing-masing melalui blog.

WEEK 7
(21/10/19)

- Pada hari ii saya belajar mengenai wix yang dikendalikan oleh Arief, Akbar dengan Athira. Wix memberi pengetahuan mengenai cara mengendalikan blog untuk memasarkan produk yang kami kendalikan yang mana kumpulan saya dan ahli kumpulan saya menjual tudung bagi memenuhi kehendak tugasan Ict dalam kimia. seterusnya, sesi diteruskan oleh Nadya, Murnira dan seorang lagi kawan yang saya lupa namanya. Mereka memberi pendedahan semula mengenai Microsoft Powerpoint dan Microsoft Excel. kedua-dua microsoft ini sebenarnya sudah kita sudah mempunyai pengetahuan asas namun sesi ini tetap dikendalikan bagi menambah lagi pengetahuan mengenai kedua-dua Microsoft.

WEEK 8
(04/11/19)

Pada sesi kelas hari ini saya belajar tiga aplikasi yang mana dapat saya gunakan di masa akan datang jika saya perlukannya. Tiga aplikasi tersebut ialah Padlet, Youtube, Mentimeter.

Padlet- Aplikasi ini membolehkan kita mengeluarkan buletin secara online yang mana  sesiapa saja yang mengikuti akaun Padlet saya akan dapat notifikasi jika saya membuat satu makluman baru. Ianya juga merupakan satu aplikasi yang dapat saya umpamakan dengan nota yang dibuat dalam kertas kerana dalam aplikasi ini, kita dapat melukis melaluinya dan menulis nota di dalamnya.

Youtube- Aplikasi Youtube ialah satu platform yana mana sudah menjadi satu aplikasi yang umum yang diketahui oleh semua generasi masa kini. Dalam aplikasi ini, pengguna boleh mencari apa jua bahan yang mereka perlukan dalam bentuk video. Terlalu banyak video yang dikongsikan yang mana jika dimanfaatkan dengan baik akan memberikan kebaikan kerana bukan semua video yang ada dalam carian itu elok .

Mentimeter- Aplikasi ini memberi pengetahuan mengenai satu kaedah lain untuk membuat pembentangan. Banyak template yang dapat kita gunakan untuk membuat penyediaan slide kita lebih menarik. Aplikasi ini juga membantu kita untuk mengumpul data sesuatu maklumat dengan pantas secara langsung.

WEEK 9
(11/11/19)

Chemskecth- Apa yang saya belajar dari aplikasi ini ialah kita sebenarya dapat membuat semua persamaan mahupun bentuk sebenar satu struktur seperti metana, propana dan benzene dengan hanya menggunakan aplikasi ini. Maka, saya simpulkan bahawa aplikasi ini memudahkan para pendidik yang mengajar kimia ataupun yang memerlukan mereka melukis struktur dengan cantik, inilah aplikasi yang paling sesuai digunakan. Namun demikian, seseorang perlu benar-benar menguasai aplikasi ini agar lebih cepat untuk menyelesaikan kerja kerana pelbagai features juga tersedia dalam aplikasi ini.

Quizizz- Aplikasi ini pula hampir sama dengan Kahoot yang mana ia membolehkan guru membuka tapak untuk pelajar menjawab soalan daan guru dapat melihat skor pelajar secara terus. Pada pendapat saya, aplikasi ini sesuai dijadikan alat bantu mengajar setelah selesai mengajar satu topik yang mana guru boleh membuat kuiz pendek bagi menguji pemahaman murid tentang sesuatu topik itu.

Moviemaker - Moviemaker secara imbasnya digunakan untuk membuat video terutama bagi yang baru belajar untuk mengedit video . Daripada apa yang telah saya pelajari daripada tunjuk ajar rakan sekelas saya, pengetahuan saya tentang cara mengedit video melalui aplikasi ini dapat dipertingkat disamping diperkukuhkan. Video secara amnya dapat membuat suasana kelas menjadi lebih lebih produktif dan lebih santai kerana segala info yang disampai oleh guru dapat diputar semula walau sejuta kalipun sehingga pelajar faham setelah berada di rumah.

WEEK 10
(18/11/19)


Pembentangan Kahoot .

Hari ini juga saya dan rakan saya iaitu Salina membentangkan Kahoot sebagai satu software yang banyak membantu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Semasa mengendalikan sesi, segalanya berjalan dengan lancar. Saya berasa gembira kerana dapat berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan saya. Secara ringkasnya, Kahoot berfungsi sama seperti Quizizz namun Kahoot hanya boleh dijalankan di dalam kelas yang mana dikendalikan oleh guru.

Plickers- Aplikasi Plickers juga biasanya digunakan di dalam kelas yang mana setiap satu soalan dipaparkan di skrim sama seperti Kahoot namun jawapan murid perlu discan melalui helaian yang mereka terima. Saya mendapati aplikasi ini bukanlah satu aplikasi yang sesuai untuk dikendalikan selalu kerana ia memakan masa untuk mengimbas kod yang ada pada pelajar.


Screencast-O-Matic - SOM merupakan satu aplikasi yang dapat merakam aktiviti dalam skrin komputer ataupun mengedit video. Pada pandangan saya, software ini membolehkan guru membuat tutorial tentang suatu topik dengan menggunakan kaedah video. Ini dapat dijadikan alat bantu mengajar ketika mengajar kelak.

Week 11

Week 12

WEEK 13
(09/12/2019)

Prezi - Dalam software/freeware ini, kami didedahkan kepada satu aplikasi yang hampir sama dengan PowerPoint. Namun demikian, Prezi hanya boleh dilakukan secara online. Prezi banyak menyediakan template yang menarik untuk kami gunakan jika ingin menggunakan medium ini sebagai bahan untuk membentang.

No comments:

Post a Comment